!!!!
Masih terngiang-ngiang ditelingaku…
Nasib badanlah dapat perkataan-perkataan ajaib tuh..walaupun pada hakikatnya niatku baik.
Pagi Ahad, 12.12.2010, sunny day.
Aku sudah tak ingat siapa yang mulakan perbicaraan bisu itu.
Yang aku ingat...perbicaraan terhenti dengan ayat ”ikutlah” dan dibalas dengan ”iyorlah”.
Peperangan sms hanya pada pagi itu saja.
Sudah masuk waktu solat Zohor, aku naik ke bilikku untuk menunaikan solat. Sebelum tu aku belek HP dulu...kot-kot ada bedilan sms...tapi takde...hmmm..takperlah sebab aku yang paling last bedil sms tadi ke pihak lawan.
Hari sudah masuk waktu malam.
Masa untuk tidur kerna siang tadi aku tidak memberi peluang pada mataku untuk pejam (azam tu!!).
Sebelum tidur aku belek-belek HP lagi.
Setiap minit...akanku belek HP ku.
Tapi apakan daya yang ku harapkan tapi tak kunjung tiba.
Hanya wallpaper gambar comel Damea menghiasi skrin HP ku (a.k.a HP kompeni..hik3).
Dari waktu Asar heret ke waktu Maghrib...hatiku bertanya-tanya sendiri...kenapa kami sentiasa berselisihan faham? Tak bolehkah kami jadi kawan macam dulu masa mula-mula kenal?
Jariku laju menaip ayat-ayat sms...taip – padam. Taip lagi...padam lagi.
Sebab aku tak mahu disalah ertikan nanti.
Oleh itu aku harus menaip ayat yang sebaik mungkin (baik pada tahap pemahaman aku lah).
Almaklum rekod sms aku sebelum-sebelum ni memang tak berapa nak baek...sabo ajolah.
Dengan niat yang bersih lagi suci – aku mahu memulakan bedilan yang bersahaja.
Dari situ kami boleh memulakan perbiacaraan bisu yang sempoiiiiii~
Ok send!
Set alarm untuk bangun esok pagi – baca doa – tido.
Tiba-tiba ada bedilan balasan ku terima.
Oleh kerana mengantuk..jadi aku biarkan saja.
Hajat dihati, panjang umur esok je aku reply.
Truuuttt…truuuttt…
Tiba-tiba HP ku ada panggilan masuk.
Mataku mengintai disebalik bantal busuk yang menutup mukaku.
Wow! Hatiku girang…pihak lawan menalipon aku.
Mula-mula tak mahu ku jawap sebab aku pasti dia akan bertanya ”kenapa” aku menghantar bedilan yang berbunyi sedemikian rupa.
Tapi ia berdering berkali-kali dan memaksaku untuk menjawapnya.
Dan disaat itulah aku menerima segala bedilan-bedilan besar yang bukan lagi merupakan perbicaraan bisu tapi bedilan kata-kata yang...hmmm...masih terngiang-ngiang lagi ni~ cair taik telingaku...betapa syoknya didengar.
Maafkan aku sahabat jika sms ku itu menyebabkan mu sakit hati.
Yang ku tahu maksudku bukan untuk menuduh mu...
Memang benar kata-kata mu ”kita punya bahasa dan pemahaman yang berbeza”...
Maafkan aku juga kerna aku tidak punya kekuatan untuk menjawap panggilan mu.
fobia!
Andai kata kita sudah tidak serasi...teruskan saja langkahmu wahai sahabatku...jangan lagi kau menoleh kebelakang kerana aku bukan syiapa-syiapa~
Budak skema,
Alin...(not aiyeen)
BM tak credit.
December 13, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Seoul Time