September 08, 2009

Dilla dapat anugerah Pelajar Cemerlang

....







...

Hari ni aku dok kat opis sekejap je…hehe…kul 9am aku mintak excuse dari boss aku untuk balik rumah sebab mama aku call…dia suruh aku balik. Alhamdullilah boss sangat pengertian orangnya kok…(eh..tertukar sleng lah pulokkk). Aku balik rumah sebab kat rumah kami ada sesi rakaman atau lebih femes lagi shooting lah kiranya…ekeke…

Rakaman tu bersempena dengan adik aku yang bongsu dapat anugerah Pelajar Paling Cemerlang kat tempat dia belajar…so lecturer dia datang Labuan untuk temuramah adik aku sekali ngan family dia lah. So aku termasuk salah seorang dari ahli keluarga yang memberi moral support kat dia sehingga dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdullillah…berkat doa ibu bapa…adik beradik…inilah hasilnya. Lepas ni kalau dia boleh dapat result with flying colors lagi di peringkat yang lebih tinggi…buleh masuk TV lah pulak…kali ni siaran langsung…hehehe…macam Nik Nur Madihah tu…baru awesome!

Masa rakaman tu…memula aku cakap lancar je…cewah…tetapi malangnya oleh kerana posisi membelakangkan cahaya matahari…jadi background jadi burn…so aku kena rakam semula. Sepatutnya aku boleh buat better lagi dari yang pertama tapi sebaliknya…wakakaka..nervous…macamlah kena interview live…huhuhu…

Apa pun bestlah dapat melalui kes-kes macam ni…pengalaman…kunun lah!

Pesan aku kat adik aku…tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad…make us more proud!

** Aku pun nak kena sambung belajar…cuma aku tak gi lagi register tuk amik MUET…huhuhu…nantilah…aku jenis lambat sikit kalau nak wat urusan rasmi ni. Tambah lagi kena isi form..paling aku tak rajin.

** Sikit punya payah nak upload gambo..huhuhu..akhirnya berjaya jugak...yeah beybeh!!


....

Template by:
Free Blog Templates