Ni gambo tanaman aku…ahaks!! Sepatutnya dah kena pindah dalam polibeg. Tapi disebabkan masa sokmo tak cukup (busy woman lah kunun :-p) so terbengkalailah projek aku ni. Actually aku nak transfer last weekend tapi kazen aku kahwin so tak dapatlah aku meluangkan masa dengan anak² pokok ni..huhu…sampaikan ada yang mati dek kerana terlalu lama menderita dok dalam tray semaian tuh…haizz…nak wat macamanakan? Sindri yang salah…
Ni pulak anak pokok cili yang sempat aku pindah…Nampak perubahan pertumbuhan yang ketara berbanding adik beradik dia yang masih dok kat tray semaian tuh…kesian..InsyaAllah weekend ni aku pindah…tu pun kalau tak busy nak sambut Raya Haji. Tapi biasanya tempat aku tak meriah mane pun…sambutan biasa² jek. Semalam aku ada dengar kat radio dok mainkan lagu raya Aidilfitri…DJ tu kata supaya orang ramai boleh dapatkan feeling nak rayo…huwahahahaha…sabo jerlah…
Ni sayur Bayam yang boleh dikategorikan “jadik” lah jugak. Yang sebenarnya aku takde intention nak tanam kat pasu pun…aku dapat benih ni FOC dari Jabatan Pertanian masa dorang buat kempen Bumi Hijau harituh. Kat dalam paket tu dorang bagi Baja NPK Green ngan Blue kalau tak silap. Pastu ada benih sayur-sayuran kat dalam tuh…salah satunya Bayam ni la…memula aku tanam kat tray semaian…tapi dek kerana biji Bayam nih halus yang teramat (sape suruh tanam dalam tray…muwahaha…yang betulnya kena tanam kat batas…gaul ngan pasir..barulah memudahkan kerja semaian) so aku pun dah letih nak letak kat dalam lubang² tray…last² aku tabur jek kat pasu bunga mama yang kebetulan takde apapun kat pasu tuh…tup² menjadilah pulok…tapi tak banyak arr…kalau jual kat pasar bolehla dapat RM0.50 kot..ahaks!:-P
Dan tak ketinggalan jugak…benih yang paling lambat nak bercambah…Terung..ni pun aku dapat FOC dari Jab. Pertanian. Tapi Nampak macam kena serangan serangga…tulah pasal daunnya macam ada corak…pastu lama² layu la…huhuhu…nanti aku nak wat racun serangga guna Bawang Putih + Cili + sabun sikit + air…tenggok sejauh mana ia berkesan..ahaks!!
Skang nih aku tengah nak semai benih cili padi pulak..tapi tak taulah tuh bile…macam haritu anak benih aku sampai bercambah kat kain tuala yang aku guna sebagai base untuk mempercepatkan pecah mata…hahaha..kes terlebih perap
P/s: Ni projek tanaman cili konvensional ok?!!…bukan fertigasi daa…
Seoul Time